"Bang mee bandung 10, bungkus, kalau boleh cepat sikit yea" kata seorang pakcik dalam nada yang agak kuat ketika memesan makanan d isebuah warung di pinggir bandar Muar, Johor.
Melihat keadaan lelaki itu yang agak tergesa-gesa saya menegur dengan bertanya mengapa begitu banyak makanan yang dipesan.
Katanya untuk menjamu saudara yang datang dari Shah Alam.
"Biasanya kalau orang luar datang kami bagi makan mee bandung dekat sini bang,"
"Mee bandung dekat sini lain, special sikit kalau dekat tempat lain memang tidak sama rasa dia" katanya lagi.
Ada benarnya kata lelaki itu sebab kelazatan mee bandung Muar memang berbeza dengan mee bandung di tempat-tempat lain.
Mungkin atas faktor keistimewaan itu ramai peniaga yang cuba meniru resipi itu d itempat lain tapi rasanya pasti tidak sama.
Melihat sikap mesra lelaki itu saya memperkenalkan diri dan bertanya bagaimana dia melihat pilihan raya di Johor dengan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat disahkan bertanding.
"Mereka nak bertanding dekat mana pun biar la, tapi jangan silap langkah sebab dekat Johor ni semangat BN kuat," katanya dengan penuh semangat.
Kata-kata lelaki itu mengingatkan saya pada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan hasrat pembangkang untuk menawan kubu kuat UMNO itu hanya bermimpi di siang hari.
Umum tahu UMNO yang menjadi tunggak utama dalam BN lahir di Johor dan pastinya semangat sokongan terhadap BN kuat.
Tempoh berkempen 15 hari pastinya akan digunakan sebaik-baiknya oleh calon baik daripada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mahupun calon Bebas untuk menawan hati pengundi.
Tetapi bagi saya keyakinan Pakatan Rakyat untuk merampas kubu kuat Barisan Nasional itu pasti ada asasnya.
Kalau tidak masakan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berani bertanding di Parlimen Gelang Patah dan Pulai.
Mungkin mereka sudah berjaya menemui "resipi" asli mee bandung Muar untuk dijual di Putrajaya.
Laku atau tidak, semuanya pasti akan terjawab tidak lama lagi.
Hakim Rahman
Sun Apr 21 2013
FBM KLCI dijangka melonjak melebihi paras 1,700
Menurut Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, jangkaan ini berdasarkan kepada penilaian pasaran yang masih dianggap munasabah, meskipun indeks melepasi tahap tersebut.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Status pelaksanaan 5G di China yang ketika ini meliputi lebih 90 peratus di kawasan berpenduduk, menarik minat Malaysia untuk mempelajari kejayaan negara Tembok Besar itu dalam meningkatkan kesalinghubungan terutama di kawasan pedalaman.
Kartel semakin kreatif, licik dalam manipulasi tender - MyCC
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, salah satu modus operandi yang biasa dilakukan oleh kumpulan kartel adalah membahagikan kementerian atau agensi kerajaan kepada kumpulan berbeza. Taktik ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kemenangan mereka dalam tender-tender yang ditawarkan.
Polis siasat penemuan lapan tong disyaki bahan kimia di Sungai Buloh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana bencana terhadap tali air.
Dua penjenayah warga Vietnam ditembak, 11 kes di Pulau Pinang, Kedah selesai
Polis menembak mati dua lelaki warga Vietnam yang terlibat dalam 11 kes pecah masuk kilang, gudang serta tebuk peti besi di Pulau Pinang dan Kedah dalam kejadian di Lorong Perindustrian 4, Bukit Panchor Nibong Tebal.
AWANI Ringkas: GISB: Reman suspek bakar bahan bukti disambung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Program itu merupakan salah satu keutamaan kerajaan, dengan fokus kepada Reformasi Pendidikan.
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Kamala dan Trump adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris bahawa cadangan bagi menyerahkan sebahagian besar wilayah berdaulat Ukraine adalah satu cadangan penyerahan, bukan cadangan keamanan.
"Resepi" Mee Bandung Muar ke Putrajaya?
Wartawan Abdul Hakim Rahman melihat kaitan hidangan popular Mee Bandung Muar dengan pendekatan politik PRU13.