YouTube kembali 'pulih' selepas tergendala beberapa jam
Khairunnisa Kasnoon
Oktober 17, 2018 12:54 MYT
Oktober 17, 2018 12:54 MYT
Pengguna laman perkongsian video popular, YouTube beroperasi seperti biasa selepas mengalami gangguan kira-kira empat jam sejak pagi tadi.
Dalam kenyataan ringkas menerusi laman rasmi Twitternya, YouTube antara lain mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna atas kesabaran menunggu rangkaian itu pulih semula.
Tambahnya, jika pengguna masih berdepan masalah, pengguna di minta membuat laporan.
“Kami dah kembali. Terima kasih atas kesabaran anda. Sekiranya anda masih menghadapi isu yang sama, tolong maklumkan pada kami,” ujarnya dalam status terbaharu di laman Twitter YouTube.
Terdahulu, laman perkongsian video popular itu tergendala operasinya di seluruh dunia.
Ia mendapat laporan dari pengguna dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
“Terima kasih atas laporan anda semua atas gangguan mengakases ke YouTube, YouTube TV dan YouTube Music.
Kami sedang berusaha memulihkan permasalahan ini dan akan maklumkan apabila selesai. Kami minta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan akan maklumkan sebarang perkembangan," katanya lagi.