xAI dilapor sedang raih dana mencapai AS$40 bilion

Amanz
Oktober 30, 2024 12:40 MYT
Elon Musk membangunkan firma kecerdasan buatan xAI, dengan produk pertama bernama Grok yang diintegrasikan pada media sosial X. -Gambar fail/Amanz
ELON Musk sedia membangunkan sebuah firma memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan xAI.

Ringkasan AI
  • Elon Musk membangunkan firma kecerdasan buatan xAI, dengan produk pertama bernama Grok yang diintegrasikan pada media sosial X.
  • xAI sedang dalam proses meraih dana sekitar AS$40 bilion, peningkatan drastik dari nilai sebelumnya AS$24 bilion pada Mei lepas.
  • Grok boleh diakses melalui pelan berbayar X Premium.

Penawarannya yang pertama, dinamakan Grok, sedia diintegrasikan pada media sosial X, dan turut menyertakan integrasi sokongan jawapan berasaskan informasi masa-nyata menggunakan latihan data di X (atau dulunya dikenali Twitter).
Terbaharu, dilaporkan Elon Musk sedang dalam proses meraih suntikan dana untuk xAI pada nilai mencapai sekitar AS$40 bilion.
Perbincangan berkaitan hal ini masih pada peringkat awal.
Peningkatan nilai ini dilihat agak drastik. xAI hanya meraih dana terakhir sebanyak AS$6 bilion pada bulan Mei lepas, menilaikan syarikat mereka pada AS$24 bilion.
Selang hanya lima bulan, dilihat syarikat berkenaan dinilaikan sekali ganda.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi berapakah pendapatan yang dibawa oleh xAI.
Untuk makluman, X menawarkan akses kepada kecerdasan buatan Grok yang dibangunkan xAI ini, apabila melanggan kepada pelan berbayar X Premium. -Amanz
#Elon Musk #kecerdasan buatan #xAI #Grok #X Premium
;