AS tolak permohonan visa warga China ke CES 2025

Agensi
Disember 3, 2024 11:40 MYT
Sekitar 30% peserta pameran CES adalah dari China, dan sekatan ini mungkin menjejaskan pameran tersebut. -Amanz
KAKITANGAN syarikat teknologi China mengatakan permohonan visa untuk menghadiri Consumer Electronic Show (CES) di Las Vegas tahun depan telah dinafikan oleh Jabatan Imigresen Amerika Syarikat (AS).

Ringkasan AI
  • Kakitangan syarikat teknologi China dinafikan visa untuk menghadiri CES di Las Vegas, mencerminkan ketegangan antara AS dan China.
  • Sekitar 30% peserta pameran CES adalah dari China, dan sekatan ini mungkin menjejaskan pameran tersebut.
  • Donald Trump berjanji untuk mengenakan tarif berganda ke atas produk dari China, Mexico, dan Kanada, menambah ketegangan perdagangan yang sedia ada.

Menurut laporan SCMP, permohonan visa ditolak walaupun disertakan dengan dokumen menunjukkan mereka diundang oleh pihak CES.
Ini dilihat sebagai satu lagi halangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat bagi mengekang kemasukan teknologi daripada China.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekitar 30% peserta pameran adalah syarikat daripada China.
Sekatan yang dikenakan ini dilihat sebagai seperti merugikan Amerika Syarikat kerana ia hanya akan menjejaskan CES.
Selepas memenangi pilihan raya presiden bulan lalu, Donald Trump menegaskan pentadbiran beliau akan mengenakan tarif berganda ke atas produk yang diimport daripada China, Mexico dan Kanada.
Tarif yang dikenakan ke atas China sudah pun dinaikkan ketika pemerintahan Biden dengan kemasukan kereta elektrik, panel solar, semikonduktor, papan induk, kerangka PC dan kad grafik. -Amanz
#Amerika Syarikat #Donald Trump #ces #syarikat teknologi China #Consumer Electronic Show
;