Nilai X dilapor susut hampir 80% sejak dibeli Elon Musk

Amanz
Oktober 1, 2024 12:00 MYT
Elon Musk mengambil alih Twitter dengan harga $44 bilion (RM 183 bilion), tetapi nilai syarikat kini menyusut kepada $9.4 bilion (RM 16.4 bilion), penurunan sebanyak 78.7%. -Gambar fail
SUDAH hampir dua tahun Elon Musk mengambil alih Twitter yang kemudiannya ditukar nama menjadi X.

Ringkasan AI
  • Elon Musk mengambil alih Twitter dengan harga $44 bilion (RM 183 bilion), tetapi nilai syarikat kini menyusut kepada $9.4 bilion (RM 16.4 bilion), penurunan sebanyak 78.7%.
  • Firma pelaburan Fidelity melabur hampir $20 juta selepas pengambilalihan dan kini menganggarkan pegangan saham mereka hanya bernilai $4.19 juta.
  • X menghadapi isu besar dengan kandungan berunsur perkauman, ekstrem, dan lucah, menyebabkan kehilangan pengiklan. Linda Yaccarino dilantik sebagai CEO untuk mengembalikan kepercayaan pengiklan tetapi setakat ini belum berjaya.

Pada waktu tersebut Musk membayar $44 bilion (~RM 183 bilion) untuk mengambil alih laman media sosial yang digunakan sekitar 200 juta pengguna aktif bulanan.
Minggu ini, nilai syarikat kini dianggarkan hanya sekitar $9.4 billion (~RM 16.4 bilion) yang bersamaan dengan penyusutan nilai 78.7% oleh firma pelaburan Fidelity.
Fidelity melakukan pelaburan hampir $20 juta selepas ia diambil alih dan menganggarkan pegangan saham mereka ini hanya bernilai $4.19 juta.
Nilai X semakin menyusut kerana pada Julai mereka mengatakan nilai pegangan adalah sekitar $5.5 juta.
X dihantui pelbagai isu besar sejak Musk mengatakan ia adalah platform sebenar untuk “kebebasan bersuara”.
Tetapi dengan membenarkan kandungan berunsur perkauman, ekstrem dan lucah menyebabkan ia kehilangan jumlah pengiklan.
Linda Yaccarino dilantik sebagai CEO bagi mengembalikan kepercayaan pengiklan tetapi setakat ini beliau gagal kerana X terus membenarkan kandungan-kandungan melampau dihantar tanpa tapisan. -Amanz
#Elon Musk #Twitter #FIDELITY #Linda Yaccarino
;