HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China

Amanz
Oktober 14, 2024 13:00 MYT
HarmonyOS Next akan mula ditawarkan minggu ini untuk pengguna Mate 60, Mate X5, dan tablet MatePad Pro 13.2 di China. -Amanz
HUAWEI akan mula menawarkan sistem operasi generasi baharu mereka, HarmonyOS Next bermula minggu ini, sekali gus membawa dimensi baharu untuk sistem operasi berkenaan, dan bebas sepenuhnya daripada Android.

Ringkasan AI
  • HarmonyOS Next akan mula ditawarkan minggu ini untuk pengguna Mate 60, Mate X5, dan tablet MatePad Pro 13.2 di China.
  • Sistem operasi ini tidak lagi menyokong aplikasi Android dan memerlukan aplikasi khusus untuk HarmonyOS Next.
  • HarmonyOS dibangunkan selepas HUAWEI dikenakan halangan dagangan oleh Amerika Syarikat pada 2019, yang menghalang penggunaan Google Play Store.

Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 – di China terlebih dahulu.
Pada tahun 2019 yang lepas, Huawei telah dikenakan halangan dagangan oleh Amerika Syarikat, sekali gus membuatkan mereka tidak boleh menggunakan Google Play Store.
Langkah ini membawa kepada Huawei membangunkan sistem operasi tersendiri HarmonyOS, sebagai alternatif kepada Android.
Pada fasa awal pengenalan, ia masih menyokong penggunaan APK atau aplikasi Android pada sistem operasi berkenaan.
Namun, bergerak ke hadapan, Huawei mengambil langkah ingin bebas sepenuhnya, dan kini menawarkan HarmonyOS Next yang tidak lagi menyokong aplikasi Android, dan memerlukan penggunaan aplikasi khusus untuk sistem operasi berkenaan.
Di China, sejumlah syarikat telah bersedia dengan penawaran aplikasi mereka untuk HarmonyOS Next.
Dengan perkembangan ini, tidak diketahui lagi bilakah pihak Huawei akan mengambil langkah untuk turut menawarkan sistem operasi generasi baharu berkenaan untuk pasaran global.
Sama-sama kita nantikan bagaimanakah sistem operasi ketiga ini akan terus menerajui pasaran selepas ini. -Amanz
#Android #HarmonyOS Next #Huawei #Google
;