Astro Awani logo

Google terpadam data Google Maps Timeline untuk sejumlah pengguna

Amanz
Mac 23, 2025 11:20 MYT
Article ribbon Google terpadam data Google Maps Timeline untuk sejumlah pengguna
Google sendiri telah mula menghantar emel kepada pengguna untuk memaklumkan perkara ini. Semakan kami mendapati tiada data yang disimpan pada Google Maps Timeline sebelum 14 Mac 2025. -Amanz
GOOGLE memaklumkan para pengguna Google Maps Timeline bahawa mereka telah memadam data garis masa lawatan pengguna yang biasanya disimpan pada Google Maps.

Ringkasan AI
  • Google telah memadam data garis masa lawatan pengguna pada Google Maps Timeline sebelum 14 Mac 2025.
  • Pengguna boleh mengembalikan data yang hilang jika mereka pernah aktifkan sokongan salinan pendua.
  • Kehilangan data ini mungkin mengecewakan ramai pengguna, dan disarankan untuk aktifkan salinan pendua awanan.

Perkara ini melibatkan sejumlah pengguna. Google sendiri telah mula menghantar emel kepada pengguna untuk memaklumkan perkara ini.
Semakan kami mendapati tiada data yang disimpan pada Google Maps Timeline sebelum 14 Mac 2025.
Pengguna boleh mengembalikan data yang hilang sekiranya mereka pernah mengaktifkan sokongan salinan pendua pada Google Maps Timeline.
Kehilangan data ini mungkin mengecewakan ramai pengguna, kerana anda tidak boleh menyemak kembali tempat dan lokasi yang pernah anda lawati sebelum ini.
Bagi anda yang aktif menggunakan Google Maps Timeline, mungkin ini masanya untuk mengaktifkan salinan pendua awanan supaya data anda tidak hilang selepas ini. -Amanz
#Google #Google Maps Timeline #padam data garis masa lawatan #salinan pendua
;