Google mula perkenal integrasi rumusan AI pada hasil carian untuk semua pengguna
Amanz
Oktober 29, 2024 13:10 MYT
Oktober 29, 2024 13:10 MYT
CIRI AI Overviews diperkenalkan secara terhad pada Mei yang lalu dengan ia memberikan ringkasan kepada carian yang dilakukan oleh pengguna.
Ringkasan AI
- Pengaktifan Global: AI Overviews kini diaktifkan di 100 negara seluruh dunia, selepas diperkenalkan secara terhad pada Mei yang lalu.
- Sokongan Bahasa: AI Overviews kini menyokong Bahasa Hindi, Indonesia, Jepun, Portugis, dan Sepanyol, selain daripada bahasa Inggeris. Sokongan untuk lebih banyak bahasa akan ditambah secara berperingkat di masa hadapan.
- Cabaran Pelancaran: Pelancaran AI Overviews menghadapi beberapa cabaran, termasuk memberikan maklumat yang kurang tepat, seperti kesilapan yang tular mengenai Barack Obama. Akibatnya, ciri ini dihadkan kepada carian tertentu sahaja.
Hari ini Google mengumumkan AI Overviews kini diaktifkan di 100 negara seluruh dunia.
AI Overviews juga kini menyokong Bahasa Hindi, Indonesia, Jepun, Portugis, dan Sepanyol. Sebelum ini AI Overviews hanya menyokong bahasa Inggeris.
Google berkata sokongan lebih banyak bahasa akan ditambah secara berperingkat di masa hadapan.
Pelancaran AI Overviews tidak begitu lancar dengan ia didapati memberikan maklumat yang kurang tepat.
Antara kesilapan yang menjadi tular ialah mengatakan Barack Obama ialah presiden Amerika Syarikat pertama beragama Islam.
Ciri ini kemudiannya dihadkan kepada carian tertentu sahaja. -Amanz