Ringkasan AI
- Encyclopedia Britannica menghentikan penerbitan bercetak pada tahun 2012 dan kini hanya ditawarkan secara dalam talian dengan maklumat yang disahkan.
- Britannica telah melatih AI menggunakan kandungan sedia ada untuk dijadikan tutor bagi kanak-kanak dan membantu guru menghasilkan pelan pelajaran. AI ini juga memudahkan penggunaan tesaurus Merriam-Webster.
- Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Sejak itu, ensiklopedia ini hanya ditawarkan secara dalam talian seperti Wikipedia, tetapi dengan maklumat yang disahkan terlebih dahulu.
Untuk terus kekal relevan, Encyclopedia Britannica kini menawarkan perisian untuk pendidikan. Bermula tahun ini, ia juga memasuki arena kecerdasan buatan (AI).
Menggunakan kandungan sedia ada, Britannica, yang merupakan syarikat induk yang memiliki hak untuk Encyclopedia Britannica dan tesaurus Merriam-Webster, telah melatih AI yang boleh dijadikan tutor untuk mengajar kanak-kanak. AI ini juga boleh membantu guru menghasilkan pelan pelajaran dalam kelas.
Pada masa ini, chatbot dengan AI ini hanya menyokong Bahasa Inggeris.
AI generatif yang dibangunkan juga digunakan untuk memudahkan penggunaan tesaurus Merriam-Webster yang boleh memahami frasa lebih panjang dan bukan sekadar perkataan.
Ini adalah evolusi seterusnya buat Britannica yang sebelum ini menawarkan perisian mengajar kepada institusi pendidikan selepas permintaan untuk kamus bercetak merosot disebabkan pengenalan internet. -Amanz