ChatGPT kini mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar

Amanz
September 15, 2024 11:10 MYT
ChatGPT mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar.10 juta pengguna dilihat melanggan ChatGPT Plus berharga AS$20 sebulan. -Gambar fail/Amanz
CHATGPT merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan janaan, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, selain turut meminta menghasilkan teks, dokumen dan juga gambar melaluinya.

Ringkasan AI
  • ChatGPT mempunyai lebih 200 juta pengguna mingguan, dengan 11 juta pengguna berbayar. 10 juta melanggan ChatGPT Plus ($20/bulan) dan 1 juta melanggan ChatGPT Teams untuk perusahaan.
  • OpenAI menjana sekitar $2.7 bilion setahun melalui ChatGPT, tetapi kos operasi masih tinggi.
  • OpenAI sedang meraih dana dengan penilaian syarikat AS$150 bilion, dengan pelaburan daripada Microsoft dan Apple.

Sebelum ini, OpenAI pernah berkongsi mengatakan ChatGPT mempunyai lebih 200 juta pengguna setiap minggu.
Kini, mengikut laporan lanjut, pihak OpenAI berkongsi menyatakan ChatGPT mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar.10 juta pengguna dilihat melanggan ChatGPT Plus berharga AS$20 sebulan.
Manakala baki 1 juta pengguna adalah pelanggan untuk penawaran ChatGPT Teams yang ditujukan kepada pengguna perusahaan.
Perkongsian angka ini sekali gus memperlihatkan secara kasar OpenAI menjana $2.7 bilion melalui ChatGPT setiap tahun.
Namun, pada masa yang sama, kos operasi dan lain-lain dilihat masih lebih tinggi lagi.
OpenAI kini dilihat sedang meraih dana pada nilai syarikat $150 bilion, menyaksikan penyertaan pelaburan daripada sejumlah pihak, termasuk Microsoft dan Apple. -Amanz
#ChatGPT #OpenAI #ChatGPT Teams #peningkatan jumlah pengguna
;