Bluesky kini mempunyai lebih 9 juta pengguna

Amanz
September 8, 2024 11:30 MYT
Melalui kemas kini terbaharu, Bluesky menyatakan bahawa majoriti pengguna baharu yang mendaftar dan menggunakan platform mereka adalah dari Brazil.
BLUESKY, salah satu perkhidmatan yang menawarkan pengalaman yang hampir sama seperti Twitter, kini memaklumkan bahawa mereka mempunyai lebih 9 juta pengguna di seluruh dunia di bawah platform mereka.

Ringkasan AI
  • Bluesky kini mempunyai lebih 9 juta pengguna di seluruh dunia.
  • Penambahan pengguna berlaku selepas platform X dihalang di Brazil, menyebabkan ramai beralih ke Bluesky.
  • Majoriti pengguna baharu adalah dari Brazil, dengan sekitar 3 juta pengguna baharu dari negara tersebut.

Penambahan drastik kebelakangan ini berlaku apabila platform X dihalang di Brazil, menyebabkan ramai beralih ke Bluesky.
Bluesky merupakan salah satu laman sosial terpencar yang menggunakan protokol AT, dan telah memulakan ujian tertutup sejak tahun 2023.
Pada mulanya, ia memerlukan jemputan untuk menggunakannya, sebelum diperluaskan secara berperingkat dan kini sedia dibuka kepada umum.
Melalui kemas kini terbaharu, Bluesky menyatakan bahawa majoriti pengguna baharu yang mendaftar dan menggunakan platform mereka adalah dari Brazil.
Sekitar 3 juta pengguna dari Brazil sahaja telah ditambah dalam masa terdekat ini. -Amanz

#Bluesky #Twitter #Brazil #3 juta pengguna
;