Apple mungkin perkenal MacBook Air M4 seawal minggu ini
Amanz
Mac 3, 2025 14:00 MYT
Mac 3, 2025 14:00 MYT
MacBook Air ini dijangka mempunyai prestasi yang hampir sama dengan MacBook Pro, termasuk pilihan paparan nanotexture dan masa penggunaan bateri lebih lama. -Amanz
APPLE dilaporkan mungkin memperkenal komputer riba terbaharu mereka, MacBook Air dengan cip Apple M4, seawal minggu ini.
Ringkasan AI
- Apple mungkin memperkenalkan MacBook Air baharu dengan cip Apple M4 seawal minggu ini.
- MacBook Air ini dijangka mempunyai prestasi yang hampir sama dengan MacBook Pro, termasuk pilihan paparan nanotexture dan masa penggunaan bateri lebih lama.
- Pengumuman rasmi Apple mengenai MacBook Air ini dinantikan oleh ramai pengguna.
Dengan langkah ini, ia akan memperlihatkan MacBook yang bersaiz nipis dan ringan berkenaan menggunakan cip pemprosesan lebih kurang sama seperti MacBook Pro – sekali gus membolehkan lebih tugasan dilakukan dengan menggunakannya.
Beberapa desas-desus turut mengatakan pengguna mungkin menerima pilihan paparan dengan lapisan nanotexture, selain masa penggunaan bateri lebih lama menggunakannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman Apple, dan apakah penawaran baharu yang akan ditawarkan melalui komputer riba mereka ini. -Amanz