Zulfahmi dedah 'rahsia' pelumba Malaysia cemerlang di litar basah

Astro Arena
Julai 18, 2016 07:18 MYT
ZULFAHMI: Pelumba negara biasa berlatih lumba dalam hujan dengan tayar untuk trek kering.
BEKAS pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin, mendedahkan mengapa pelumba Malaysia memiliki rekod cemerlang beraksi di atas litar basah.
"Kami tidak dibekalkan dengan tayar hujan (sebelum kejuaraan dunia), itu pandangan saya. Kami juga terpaksa berlumba dalam hujan dengan menggunakan tayar yang kami gunakan di trek kering.
"Apabila kami sampai ke kejuaraan dunia, kami dibekalkan dengan tayar hujan yang lebih baik cengkamannya, memberikan kami banyak keyakinan. Itulah salah satu sebab ramai pelumba Malaysia sangat laju di dalam trek hujan," katanya.
FOTO: FIM Superbike World Championship 2016: Zulfahmi Khairuddin raih tempat ke-2
Zulfahmi sedang berehat selama tiga bulan daripada Kejuaraan Superbike Dunia selepas melalui sembilan pusingan.
Anak kelahiran Banting itu kini menghuni tangga ke-10 keseluruhan kategori Supersport dengan 40 mata, berbaki empat pusingan perlumbaan.
"Saya benar-benar tidak sabar untuk perlumbaan seterusnya, di mana saya yakin pasukan saya boleh membuat prestasi motosikal lebih baik," jelasnya.
Pusingan seterusnya akan berlangsung di Jerman pada 16 hingga 18 September ini.
BACA: Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 di GP Jerman
#Grand Prix #litar basah #pelumba Moto3 #pelumba negara #Zulfahmi Khairuddin
;