Zulfahmi azam tingkat prestasi di Sepang

Astro Arena
Oktober 22, 2015 17:20 MYT
Selain Zulfahmi, Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafiz Syahrin juga antara pelumba negara yang akan bersaing di GP Malaysia yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini. - Gambar Astro ARENA
Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin akui kedudukan buat masa ini masih belum cukup memuaskan dan dia optimis mahu membuktikan sesuatu dalam perlumbaan Grand Prix Malaysia hujung minggu nanti.
Kedudukan di tangga ke-23 kategori Moto3 dengan 19 mata sekarang masih lagi belum cukup buat Zulfahmi.
Malah, dengan keadaan jerebu yang teruk sekarang, dia berharap perlumbaan akan berjalan lancar agar dapat fokus sepenuhnya.
"Saya akan cuba yang terbaik pada hujung minggu ini, sudah tentu saya mencari keputusan yang terbaik tahunan.
"Setakat ini, keputusan terbaik saya adalah lima kedudukan terbaik. Kalau saya boleh buat lebih baik dari itu, Alhamdullillah ia memang sangat bagus," katanya.
Selain Zulfahmi, Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafiz Syahrin juga antara pelumba negara yang akan bersaing di GP Malaysia yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini.
#Grand Prix Malaysia #Moto3 #Zulfahmi Khairuddin
;