Zlatan Ibrahimovic susun langkah ke Manchester United

Astro Arena
Julai 1, 2016 09:54 MYT
Zlatan baru sahaja memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Sweden tersingkir di peringkat kumpulan di Euro 2016. - Gambar fail
ZLATAN Ibrahimovic mendedahkan dia bakal menyertai Manchester United, walaupun kelab Liga Perdana Inggeris itu masih belum secara mengesahkannya secara rasmi.
Penyerang Sweden itu memuat naik entri terbarunya di Instagram di mana dia menyatakan akan berpindah ke Old Trafford, setelah meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada akhir musim lalu serta kerap dikaitkan ke Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
"Masa untuk membiarkan dunia tahu," dalam kenyataannya di laman sosial itu.
"Destinasi saya yang akan datang adalah @manchesterunited. #iamcoming."
Sekiranya tawaran itu disahkan, pemain berusia 35 tahun itu akan menjadi pemain terbaru Red Devils di bawah pengurus baru, Jose Mourinho.
Mereka akan kembali bekerjasama selepas era di Inter Milan.
Ibrahimovic meninggalkan PSG selepas tamat kontraknya berakhir pada kempen 2015-16, setelah memenangi Ligue 1 dalam setiap empat musimnya di Perancis.
Zlatan baru sahaja memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Sweden tersingkir di peringkat kumpulan di Euro 2016.
Penyerang berbakat dan bersuara lantang tersebut telah menikmati kerjaya yang gemilang dengan memenangi gelaran domestik di Ajax, Inter, Barcelona dan AC Milan.
Dia juga pernah menjulang Scudetto dua kali di Juventus, tetapi kedua-dua kejuaraan dibatalkan kerana skandal Calciopoli.
Sungguhpun usianya dikategorikan veteran, namun Ibrahimovic membuktikan fizikalnya masih kuat apabila menjaringkan 38 gol dalam Ligue 1, musim lalu.
#Liga Perdana Inggeris #Manchester United #Old Trafford #Zlatan Ibrahimovic
;