Ziyad yakin emas dalam sasaran
Astro Arena
November 19, 2015 15:23 MYT
November 19, 2015 15:23 MYT
Atlit lontar peluru Ziyad Zolkefli tidak mahu kecewa di Singapura mengharapkan kilauan emas mampu ubati kehampaan gagal menyerlah di Kejohanan Dunia di Doha baru-baru ini.
Sudah pasti hasrat pertahan emas jadi keutamaan ziyad dalam Sukan Para ASEAN nanti selepas sekadar membawa pulang gangsa ekoran aksi kurang bertenaga di Doha.
Tiada alasan dari Ziyad, acara tunggal yang bakal di sertai di Singapura desember depan perlu di sudahi dengan kejayaan yang membawa kilauan emas buat negara.
"Persiapan saya setakat ini memang untuk ke Singapura tapi pada masa sama saya mahu menebus kekecewaan ketika di Kejohanaan Dunia di Doha," katanya.
Tegas Ziyad dengan tumpuan keseluruhan dalam acara tunggalnya itu dia yakin emas 2 tahun lalu di Myanmar mampu di pertahankan.
Selain mahu pastikan kilauan emas, rekod baru juga mahu di capai Ziyad selepas catatan terbaik 15.78 meter di lakar dalam Terbuka China di Beijing April lalu
"Saya cuba buat catatan yang terbaik, kalau ada rezeki saya mahu tebus balik dan Insyallah saya yakin mampu lakukannya," jelasnya.
Jika di Nay Pyi Taw, ziyad beraksi dalam 3 acara namun kali ini hanya 1 acara yang di pertandingkan selepas acara merejam lembing dan lempar cakera di gugurkan daripada temasya kali ini.