Zii Jia terkandas di separuh akhir Terbuka Australia

Bernama
Ogos 5, 2023 19:01 MYT
Lee Zii Jia tewas 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain nombor 24 dunia, Hong Yang dari China. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Langkah jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk bangkit semula daripada prestasi tidak menentu musim ini terhalang lagi apabila laluan ke final tersekat di separuh akhir Terbuka Australia hari ini.
Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam empat kejohanan berturut-turut sebelum ini, pemain nombor 17 dunia itu, tewas 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain nombor 24 dunia, Hong Yang dari China dalam perarungan selama 81 minit dfi Arena Quaycentre di Sydney.
Hong Yang akan berdepan dengan pemain India, HS Prannoy di pentas final esok.
Prannoy melangkah ke final dengan menyingkirkan rakan senegara, Priyanshu Rajawat, 21-18, 21-12 dalam satu lagi aksi separuh.
Susulan kekalahan Jia Zia di pentas separuh akhir, cabaran Malaysia berakhir dalam Terbuka Australia selepas pemain perseorangan Ng Tze Yong dan juara bergu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di peringkat suku akhir, semalam.
-- BERNAMA
#Terbuka Australia #Lee Zii Jia #terkandas lagi #prestasi zii jia
;