Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan

Astro Arena
Mac 27, 2023 22:45 MYT
Selepas permulaan yang kurang memberangsangkan, kejohanan All England dan Terbuka Switzerland menjadi penyuntik semangat terbaik buat Zii Jia. - Gambar fail
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Ramlan Abdul Aziz berkata, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu mengkaji semula formula kemenangannya tersendiri.
Pemain perseorangan nombor satu Malaysia itu telah mempamerkan aksi yang membanggakan ketika kejohanan berprestij Seluruh England dan Terbuka Switzerland.
Selepas permulaan yang kurang memberangsangkan dua kejohanan itu jelas menjadi penyuntik semangat terbaik buat Zii Jia.
Namun Ramlan percaya persoalan mengenai punca kekalahan terlalu kerap berlaku.
Sebaliknya kajian diperlukan untuk mengenal pasti apa yang harus dilakukan seseoran pemain untuk meraih kemenangan.
#Lee Zii Jia #badminton #Ramlan Abdul Aziz #kaji semula formula kemenangan