Zii Jia naib juara Terbuka Denmark
Sinar Harian
Oktober 22, 2023 00:46 MYT
Oktober 22, 2023 00:46 MYT
HASRAT pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang dalam kejuaraan badminton Terbuka Denmark di Arena Jyske Bank, Odense tidak kesampaian.
Sebaliknya Zii Jia yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Artik baru-baru ini dijinakkan pemain China, Weng Hong Yang dalam perlawanan akhir pada Ahad.
Set pertama Zii Jia yang berstatus nombor 11 dunia bermula garang namun tewas dengan permainan pantas Hong Yang, 12-21 di kejuaraan Super 750 tersebut.
Set kedua, Hong Yang yang berada di kedudukan 22 dunia tampil lebih agresif mengasak Zii Jia untuk kemenangan 21-6 dalam masa 33 minit.
Zii Jia sebelum itu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-15, 21-17 dalam aksi 43 minit.
Hong Yang pula mara selepas mengambil masa 50 minit untuk menghantar pulang rakan senegara, Shi Yu Qi, dengan kemenangan 21-19, 21-14.
Terdahulu, Cheng Qing Chen-Jia Yi Fan dari China muncul juara beregu wanita selepas menewaskan gandingan Jepun Nami Matsumaya-Chiharu Shida 21-16, 21-13.
Dalam beregu campuran Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pula menewaskan rakan senegara Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 16-21, 21-15, 26-24.