KUALA LUMPUR: Pencarian rakan sparring buat Lee Zii Jia merupakan antara perkara yang dibincangkan pemain perseorangan profesional negara itu bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu berkata, beliau dan Hamidin turut menyentuh mengenai perancangan untuk menjalani latihan di luar negara dalam memastikan peningkatan prestasinya menjelang temasya sukan berprestij berkenaan.
"Ia (perbincangan) termasuk juga perancangan untuk saya sertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk gunakan fasiliti, kita akan lihat apa rancangan lain yang Datuk Hamidin buat.
"Masalah jurulatih sudah selesai, jadi saya harap ia akan membawa saya dan pasukan haluan yang bagus untuk ke Olimpik ini," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama Hamidin semalam.
Perbincangan itu bagi membincangkan keperluan selain persediaan Zii Jia untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa.
Selain itu Zii Jia memaklumkan jurulatih baharunya Wong Tat Meng memerlukan masa kira-kira sebulan untuk menyelesaikan urusan di Hong Kong.
Katanya, segala perancangan mengenai latihan bagi program Road To Gold (RTG) akan diketahui sebaik Tat Meng tiba di Malaysia.
Tat Meng, yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan, sebelum ini berkhidmat untuk beberapa pasukan di luar negara termasuk pasukan kebangsaan Korea Selatan dan Hong Kong.
Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia akhir tahun lepas.
Pemain kelahiran Kedah itu dijadual untuk membuat penampilan seterusnya pada Terbuka Singapura minggu hadapan diikuti Terbuka Indonesia.
Sebelum ini, Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua Masters Malaysia selepas ditewaskan wakil Taiwan Lin Chun-Yi 19-21, 21-26, 15-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
![Zii Jia cari rakan 'sparring' Zii Jia cari rakan 'sparring'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679527773_TBLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia akhir tahun lepas. - Foto fail/BAM
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
Dua lagi individu direman babitkan projek lebuh raya lebih RM1 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu lagi melibatkan seorang pengerusi dan pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
![Olimpik Paris 2024: Hamidin usaha tambah kuota akreditasi pasukan Zii Jia Olimpik Paris 2024: Hamidin usaha tambah kuota akreditasi pasukan Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368015_HamidinMohdAmin.jpg)
Olimpik Paris 2024: Hamidin usaha tambah kuota akreditasi pasukan Zii Jia
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 akan berusaha tambah kuota kad akreditasi untuk Lee Zii Jia di Paris.
![Terbuka Australia BWF: Smash Lee Zii Jia paling laju, kerap pecah rekod Terbuka Australia BWF: Smash Lee Zii Jia paling laju, kerap pecah rekod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718857638_tbLeeZiiJia.jpg)
Terbuka Australia BWF: Smash Lee Zii Jia paling laju, kerap pecah rekod
Lee Zii Jia menamatkan cabaran Terbuka Australia selaku juara apabila mengatasi lawan dari Jepun, Kodai Naraoka di Sydney, minggu lalu.
![Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718709144_TBLeeZiiJia.jpg)
Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia hari ini.
![Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718618773_tbLeeZiiJia.jpg)
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
![Zii Jia sudah sedia harungi Olimpik Paris 2024 Zii Jia sudah sedia harungi Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718604071_TBLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia sudah sedia harungi Olimpik Paris 2024
Lee Zii Jia menyifatkan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Australia sebagai motivasi terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dari 27 Julai hingga 5 Ogos depan.
![Zii Jia juara Terbuka Australia Zii Jia juara Terbuka Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718531837_TBLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia juara Terbuka Australia
Bekas juara All England itu bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah seteru di ranking keenam dunia sebelum mengatasi cabaran Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21,21-18.
![Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718441366_LeeZiiJia.jpg)
Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara
Hanya selangkah lagi bagi mengesahkan perseorangan lelaki sensasi negara Lee Zii Jia sebagai juara di Terbuka Australia 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Terbuka Australia: Lee Zii Jia mara ke separuh akhir, tundukkan Kenta Nishimoto Terbuka Australia: Lee Zii Jia mara ke separuh akhir, tundukkan Kenta Nishimoto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716111649_BadmintonAssociatio.jpg)
Terbuka Australia: Lee Zii Jia mara ke separuh akhir, tundukkan Kenta Nishimoto
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berjaya menundukkan Kenta Nishimoto dari Jepun dengan mata 2-1 dalam aksi Terbuka Australia BWF di Sydney.
![Badminton: Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Australia Badminton: Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716727267_TBBadmintonMasters.jpg)
Badminton: Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Australia
Lee Zii Jia memerlukan masa lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Australia 2024 hari ini.