Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Terbuka Denmark

Bernama
Oktober 21, 2023 08:45 MYT
Dua wakil negara iaitu pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia- Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Dua wakil negara iaitu pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia- Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Jumaat.
Pada perlawanan suku akhir di Jyske Bank Arena menyaksikan pemain profesional Zii Jia menyingkirkan pencabar dari Jepun Kento Nishimoto 21-18, 21-18 dalam perlawanan sengit yang mengambil masa 51 minit.
Juara Terbuka Artik itu dijadual bertemu pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yu yang menumpaskan pemain a tuan rumah Rasmus Gemke 21-17, 21-12 dalam satu lagi perlawanan suku akhir semalam.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron-Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan China, He Ji Ting- Ren Xiang Yu 24-22, 18-21, 21-12.
Pilihan kelima kejohanan yang menghuni ranking keempat dunia itu akan membuat perhitungan dengan pemain tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di separuh akhir malam ini.
Terdahulu Kim-Anders telah menyingkirkan satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-19, 11-21, 21-14 pada suku akhir malam semalam. - BERNAMA
#Lee Zii Jia #Aaron Chia- Soh Wooi Yik #Terbuka Denmark 2023 #badminton
;