Zidane tolak tawaran 150 juta Euro kendali Al-Nassr

Astro Arena
Mei 26, 2023 10:40 MYT
Zinedine Zidane menolak tawaran bernilai 150 juta Euro (RM746 juta) selama dua tahun untuk bertemu semula dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.
BEKAS pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, dilaporkan telah menolak tawaran bernilai 150 juta Euro (RM746 juta) selama dua tahun untuk bertemu semula dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.
Kelab Arab Saudi itu berpisah dengan Rudi Garcia pada pertengahan musim, Dinko Jelicic telah bertanggungjawab ke atas pasukan sebagai pengendali sementara.
Beberapa nama berprofil tinggi seperti Jose Mourinho dan Zinedine Zidane dikaitkan akan mengambil alih tugas di Al-Nassr musim depan.
Bagaimanapun, Zidane telah menolak peluang itu, menurut Santo Aouna.
Cristiano Ronaldo mempunyai rekod cemerlang di bawah Zidane.
Pengendali kelahiran Perancis itu mengambil alih tugas di Real Madrid selepas Rafael Benitez dipecat pada pertengahan musim 2015-16.
Ronaldo memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara UEFA berturut-turut di bawah Zidane dan merupakan penjaring terbanyak dalam semua edisi tersebut.
Pemain kebangsaan Portugal itu itu bermain 114 perlawanan di bawah bimbingan Zidane, menjaringkan 112 gol dan memberikan 30 bantuan.
Sementara itu, Al-Nassr akan menamatkan musim tanpa sebarang trofi musim ini jika mereka tidak memenangi Liga Pro Saudi.
Mereka mempunyai 63 mata daripada 28 perlawanan dan mengekori pendahulu liga Al-Ittihad dengan enam mata. - Stadium Astro
#Zinedine Zidane #Al-Nassr #Cristiano Ronaldo #Real Madrid
;