Zidane nafi tinggalkan Real Madrid demi Les Bleus
Astro Arena
Jun 12, 2018 09:29 MYT
Jun 12, 2018 09:29 MYT
ZINEDINE ZIDANE menegaskan dia tidak meninggalkan Real Madrid hanya kerana ingin mengambil alih skuad Perancis.
Zidane membuat keputusan mengejutkan dengan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Madrid, beberapa hari selepas memimpin gergasi LaLiga berkenaan meraih gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.
Pengurus berusia 45 tahun itu lantas dikaitkan untuk mengambil alih negaranya yang kini sedang dibimbing Didier Deschamps yang dilabel antara pasukan pilihan Piala Dunia Russia.
Bagaimanapun, Zidane berkata keputusannya untuk meninggalkan Madrid tiada kaitan dengan potensi memimpin negaranya.
"Perkara paling utama ialah memberi sokongan kepada pasukan Perancis," katanya kepada TF1.
"Saya tidak berhenti berharap untuk mengambil alih pasukan Perancis, saya hanya berhenti menganggap bahawa ia satu keperluan.
"Saya akan tetap memberi sokongan kepada Perancis dan kami mahukan gelaran kedua."
Perancis bakal memulakan kempen Piala Dunia menentang Australia pada Sabtu ini disusuli pertemuan dengan Peru dan Denmark dalam Kumpulan C.