Zheng Siwei ucap selamat tinggal kepada dunia badminton

Astro Arena
November 29, 2024 19:08 MYT
Zheng Siwei sudah meraih gelaran tertinggi menerusi pertandingan terbuka yang dikelolakan oleh BWF sebanyak 32 kali. - Stadium Astro
PEMAIN beregu campuran nombor satu dunia, Zheng Siwei, secara rasminya mengumumkan persaraan pada umur 27 tahun selepas menampilkan karier yang menakjubkan sepanjang bergelar atlet badminton terkemuka.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 itu sudah meraih gelaran tertinggi menerusi pertandingan terbuka yang dikelolakan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebanyak 32 kali termasuk Sukan Asia, Piala Thomas, Piala Sudirman dan Kejuaraan Dunia.
Legenda badminton China itu mengucapkan selamat tinggal kepada Huang Ya Qiong yang merupakan gandingannya selepas berhasil ke final sebanyak 40 kali.
Terima kasih Zheng Siwei! -- Stadium Astro
#pemain beregu campuran nombor satu dunia #Zheng Siwei #umum bersara #pemain China
;