Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik

Astro Arena
Julai 21, 2024 09:00 MYT
Zhafri mengesahkan perkara tersebut wujud dan terdapat persefahaman baik antara pemain dan pengurusan kelab untuk tidak merahsiakan situasi itu. - Foto Astro ARENA
KEMELUT yang membelenggu kelab Liga Super, Kuala Lumpur City, berkenaan isu pembayaran gaji dan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dilunaskan secara berperingkat meskipun hampir memasuki perlawanan minggu keenam saingan liga tempatan.
Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, mendedahkan skuad The City Boys itu menghadapi cabaran mengenai caruman KWSP yang tidak dibayar sejak Februari 2023 dan menuntut badan bebas, First Instance Body (FIB), untuk memberikan penjelasan mengenai dokumen serahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Standley Bernard.
Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, dalam repons segeranya kepada Fina Nasrom berkata kelab itu sudah mengemukakan dokumen yang lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.
Dalam masa sama, pemain tengah sensasi, Zhafri Yahya, turut mengesahkan perkara tersebut wujud namun, pemain kebangsaan itu menegaskan bahawa terdapat persefahaman baik antara pemain dan pengurusan kelab untuk tidak merahsiakan situasi itu.
"Saya menghargai usaha pengurusan untuk memberikan penjelasan yang sebenar susulan kejadian yang berlaku dan rakan seperjuangan saya juga bertindak secara profesional.

Kemelut tunggakan caruman KWSP: Zhafri Yahya sahkan memang ada tunggakan oleh KL City #NadiWeekend #KLCity pic.twitter.com/EwiLOkoCHw

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mereka mengakui untuk bertanggungjawab melakukan proses pembayaran secara berfasa dan saya menyeru pihak atasan untuk memperbetulkan khabar angin yang menidakkan masalah tersebut dan berkata benar kepada umum.
"Saya mengharapkan setiap pengurusan dapat menyelesaikan isu ini secara baik supaya mendapat kata sepakat bersama keseluruhan pemain," katanya.
#KWSP #Liga Super #Zhafri Yahya #tunggakan gaji
;