Zarco kekalkan kejuaraan dunia Moto2 di litar Sepang

Bernama
Oktober 30, 2016 15:37 MYT
Johann Zarco meraikan kejayaannya selepas berjaya mengekalkan kejuaraan dunia kelas Moto2 di Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad. - Foto AFP / Fail
Penunggang Ajo Motorsports, Johann Zarco mengekalkan kejuaraan dunia kelas Moto2 selepas muncul juara di Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.
Pelumba dari Perancis itu mencatat masa 45 minit 51.036 saat, mengatasi pencabarnya, Franco Morbidelli (Estrella Galicia 0,0 Marc) dan Jonas Folger (Dynavolt Intact GP) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, dengan catatan 45:54.292 dan 45:54.725s.
Penunggang Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Raceline Malaysia) menamatkan aksinya di kedudukan kelima selepas mencatat 46:15.736s manakala pelumba wild card, Ramdan Rosli (Petronas AHM Malaysia) berada di kedudukan ke-12 dengan masa 46:22.296s. -- BERNAMA
#Ajo Motorsports #Grand Prix Motosikal Malaysia #Johann Zarco #Litar Antarabangsa Sepang #Moto2
;