Zainal akur hasrat Melaka United
Astro Arena
Januari 31, 2022 06:45 MYT
Januari 31, 2022 06:45 MYT
ZAINAL Abidin Hassan akur hasrat Melaka United FC namun menyangkal jika kelibatnya dilihat gagal menghadirkan piala musim lalu.
Apa yang ditempuh Zainal cukup jelas dengan masalah gaji yang dihadapi pasukan Sang Kancil, tetapi masih mampu membawa Melaka ke separuh akhir Piala Malaysia 2021.
Tiada dalam perancangan musim ini, Zainal berkongsi dengan wartawan Astro Arena Fina Nasrom kekecewaannya, ia tidak dinyatakan dengan jelas dari awal.
"Pertama sekali, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Melaka United atas peluang yang telah diberikan," kata Zainal.
"Saya akur dengan keputusan Melaka untuk meneruskan musim seterusnya dengan pengurus baru.
"Namun saya agak kecewa dengan keputusan minit akhir yang untuk tidak menyambung kontrak saya. Saya bagaimanapun tetap menerimanya dengan hati terbuka dan boleh berehat buat seketika.
"Pasukan ini telah menampilkan permainan terbaik dalam 10 perlawanan terakhir dan hampir untuk melangkah ke final di sebalik masalah yang perlu dihadapi, saya tetap berbangga dengan berterima kasih atas usaha yang telah dipamerkan setiap pemain."