YouTube kini papar iklan apabila video dijeda di TV

Amanz
September 13, 2024 14:20 MYT
YouTube telah melancarkan paparan iklan ketika jeda video pada kaca televisyen secara rasmi kepada sebahagian pengguna. -Amanz
SEBELUM ini di Amanz, kami pernah melaporkan bahawa YouTube mungkin sedang dalam usaha untuk memperluaskan paparan iklan ketika jeda video.

Ringkasan AI
  • YouTube telah melancarkan paparan iklan ketika jeda video pada kaca televisyen secara rasmi kepada sebahagian pengguna.
  • Iklan akan muncul di samping video yang dijeda dalam kotak berasingan, dan pengguna boleh memilih untuk menutup iklan atau mendapatkan maklumat lanjut.
  • Pembaharuan ini adalah usaha Google untuk meningkatkan pendapatan daripada YouTube, walaupun ia mungkin mengubah pengalaman menonton pengguna dan mendorong mereka untuk melanggan YouTube Premium.

Menerusi laporan terbaharu, paparan iklan ketika menjeda sesuatu video kini telah pun dilancarkan di YouTube pada kaca televisyen secara rasmi dan telah dilancarkan kepada sebahagian pengguna kini.
Melalui pembaharuan ini, pengguna akan melihat paparan iklan yang muncul di samping video yang dijeda.
Iklan tersebut akan ditempatkan dalam kotak berasingan dan pengguna boleh memilih untuk menutup iklan tersebut atau mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenainya.
Pembaharuan seumpama ini sekali gus memperlihatkan inisiatif pihak Google untuk meningkatkan pendapatan daripada platform berkenaan.
Pada masa sama, pembaharuan ini juga pastinya akan memberikan perubahan kepada pengalaman menonton pengguna kerana terasa seperti dihujani iklan sepanjang masa sehingga terpaksa melanggan YouTube Premium. -Amanz
#YouTube #paparan iklan #iklan di televisyen #jeda video
;