Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir Terbuka Jerman

Bernama
Mac 2, 2024 05:20 MYT
Yew Sin-Ee Yi kandas di separuh akhir Terbuka Jerman kepada wakil China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di Mulhein An Der Ruhr, 2 Mac 2024. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Harapan untuk melihat wakil tunggal negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke final Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di Mulhein An Der Ruhr pada Sabtu.
Beregu lelaki profesional negara yang juga pilihan utama itu tunduk 5-21, 15-21 kepada pilihan ketiga kejohanan dalam saingan separuh akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle.
Gandingan China itu dijadual berdepan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan pada perlawanan akhir hari ini (Ahad).
Terdahulu, wakil Taiwan itu mara ke final selepas mengetepikan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 22-20, 21-11.
Kali terakhir Malaysia meraih gelaran Terbuka Jerman pada edisi 2022 menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14.
-- BERNAMA
#terbuka jerman #China #Ong Yew Sin-Teo Ee Yi #badminton
;