Yew Sin-Ee Yi lepasi halangan awal
Sinar Harian
Februari 27, 2024 05:30 MYT
Februari 27, 2024 05:30 MYT
BEREGU lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2024 Super 300 di Dewan Sukan Westenergie, Mulheim dengan langkah kanan pada Selasa.
Beregu nombor 12 dunia itu tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi, 21-13, 21-14 dalam masa 38 minit.
Yew Sin-Ee Yi akan berdepan pemenang perlawanan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard (Denmark) menentang Chen Cheng Kuan-Chen Sheng Fa (Taiwan).
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mara selepas mengatasi pasangan dari Austria, Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir, 21-9, 21-13 dalam masa 32 minit.
Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei berstatus nombor 62 dunia pula akan menyingkap cabaran berdepan pemain dari Perancis, Lucas Claerbout pada pusingan pertama.
Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (25 dunia) akan menentang pasangan dari England, Gregory Mairs-Jenny Mairs manakala satu lagi gandingan negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (14 dunia) berdepan wakil dari India, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh. - Sinar Harian