Xavi berang Barcelona dinafikan dua jaringan dalam kekalahan kepada Inter
Astro Arena
Oktober 5, 2022 10:15 MYT
Oktober 5, 2022 10:15 MYT
JURULATIH Barcelona, Xavi Hernandez, berang selepas sistem pengadilan perlawanan dalam kekalahan 1-0 saingan Liga Juara-Juara kepada Inter Milan awal pagi tadi.
Hakan Calhanoglu menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan separuh masa pertama, tetapi perlawanan berakhir dengan kontroversi apabila Barca mendapat gol penyamaan yang dibatalkan kerana bola terkena tangan sebelum mereka dinafikan penalti lewat apabila Denzel Dumfries menyentuh bola dalam kotak penalti Inter.
Inter kini memperoleh enam mata selepas tiga perlawanan dalam Kumpulan C, kurang tiga daripada pendahulu Bayern Munich dan Barca sekadar meraih tiga mata. Inter dan Barca bertemu semula Rabu depan di Camp Nou.
"Saya marah dan geram dengan apa yang kami saksikan, ia seperti kelihatan keputusan yang berat sebelah," kata Xavi dalam sidang akhbar selepas perlawanan di San Siro.
“Saya menyatakannya pada hari Isnin dan saya perlu menyatakannya sekali lagi: pengadil perlu keluar dan menjelaskan keputusan mereka kerana saya langsung tidak faham.
"[Pengadil] tidak mahu memberi saya penjelasan selepas perlawanan. Pengadil perlu bercakap; Saya tidak boleh bercakap tentang keputusan yang belum saya buat. Bagi saya, [keputusan itu] jelas. Saya tidak tak faham langsung."
Gol penyamaan pada minit ke-66 Pedri telah diketepikan kerana bola terkena tangan Ansu Fati ketika melancarkan serangan, walaupun Xavi berhujah bahawa, kerana ia tidak disengajakan dan Ansu bukan penjaring, gol itu sepatutnya kekal.
Kemarahan Barca berganda pada masa kecederaan apabila kemungkinan bola terkena tangan Dumfries namun tiada penalti diberikan. Perlawanan telah dinilai semula oleh VAR, namun tidak meyakinkan pengadil untuk memberikan sepakan penalti.
"Jika anda bertanya khabar saya, saya marah," Xavi menyambung. "Saya tidak faham apa-apa. Jika bola terkena tangan Ansu [secara tidak sengaja] tetapi orang lain kemudian menjaringkan gol, ia adalah gol. Dan mereka tidak membenarkan jika ia berada dalam situasi memihak kami.
"Bagi satu lagi [kemungkinan bola terkena tangan Dumfries]... Saya cuma tidak faham. Ia satu ketidakadilan, saya tidak boleh menyembunyikannya. Pengadil perlu bercakap."