Wushu: Wai Kin raih emas peribadi kedua
Astro Arena
Ogos 21, 2017 10:29 MYT
Ogos 21, 2017 10:29 MYT
ATLET wushu negara, Yeap Wai Kin, menghadiahkan emas pertama di hari kelapan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas mengungguli acara qiangshu lelaki dalam aksi di Dewan 5 Menara berkembar Petronas (KLCC), sebentar tadi.
Semalam, dia meraih emas bagi kategori jianshu lelaki dan ternyata Wai Kin tidak cepat berpuas hati apabila beraksi cemerlang untuk mencatat 9.68 mata sekaligus menewaskan pencabar terdekat yang juga rakan senegara, Wong Weng Son, yang mengutip 9.65 mata.
Pingat gangsa menjadi milik Wakil Indonesia, Daffa Golden, dengan catatan mata 9.63 mata.
Kejayaan Wai Kin dan Weng Son menjadikan jumlah keseluruhan pingat daripada acara wushu setakat ini adalah empat emas dan empat gangsa.