WTF iktiraf TM sebagai badan induk sah

Astro Awani
Januari 12, 2013 15:00 MYT
Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF) mengiktiraf Taekwondo Malaysia TM sebagai badan induk yang sah bagi mengelolakan sukan itu di Malaysia.
Perkara itu disahkan Presiden WTF, Dr Chungwon Choue.
Menurut beliau, TM merupakan sebuah badan yang relevan untuk menerajui sukan taekwondo di negara ini.
Katanya, ia telah disyorkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Beliau turut yakin taekwondo di Malaysia akan terus berkembang di bawah kepimpinan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.
Dr Chungwon akan mendapatkan maklumat terkini mengenai pembangunan sukan itu di negara ini sebelum pulang ke Korea Selatan, pada Ahad.
Sebelum ini, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), yang mendakwa sebagai badan induk rasmi, dibatalkan pendafataran oleh kementerian dua tahun lepas.
Sejak itu, TM telah mengambil alih tanggungjawab membangun dan menganjur acara sukan itu di negara ini.
#Persekutuan Taekwondo Dunia #Taekwondo Malaysia #WTF