WTA umum gantung kejohanan di China

Astro Awani
Disember 1, 2021 07:05 MYT
Menurut Ketua WTA, Steve Simon, wujud kebimbangan berhubung keberadaan Peng Shuai dalam keadaan selamat. - Foto fail/REUTERS
PERSATUAN Tenis Wanita (WTA) umum penggantungan serta merta semua kejohanan di China.
Ia susulan kebimbangan berkaitan pemain tenis China, Peng Shuai.
Peng tidak muncul di khalayak sejak tiga minggu lalu selepas mengemukakan dakwaan gangguan seksual ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri China Zhang Gaoli.
Menurut Ketua WTA, Steve Simon, wujud kebimbangan berhubung keberadaan Peng Shuai dalam keadaan selamat.
Beliau turut mendesak siasatan penuh dijalankan ke atas dakwaan pemain tersebut.
Peng Shuai sebelum ini dalam panggilan video dengan Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa Nov lalu memaklumkan, beliau dalam keadaan selamat.
Namun WTA menegaskan, video terbabit bukan bukti kukuh Peng Shuai kini selamat.
#gangguan seksual #Peng Shuai #WTA #penggantungan serta merta
;