Wozniacki, Hsien bakal bermain di Terbuka Malaysia

Astro Awani
Disember 16, 2012 11:28 MYT
Kejohanan tenis WTA Terbuka Malaysia BMW 2013 bakal menyaksikan penyertaan bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wozniacki.
Ia disahkan pada majlis pengumuman yang dibuat oleh penaung acara, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Turut bakal mewarnai kejohanan kali ini, juara bertahan dari Taiwan Hsien Su Swei.
Mantan Perdana Menteri itu turut mengumumkan penyertaan pemain kebangsaan Aslina Chua yang menjuarai terbuka wanita sirkit kebangsaan baru-baru ini.
Pemain berusia 16 tahun akan beraksi secara 'wildcard' dalam pusingan kelayakan.
Sejak diperkenalkan pada 2010, kejohanan ini menjadi satu acara yang penting dalam kalendar sukan Malaysia.
Ia berjaya menarik kedatangan penonton dari seluruh dunia dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi sukan yang unggul.
Untuk kejohanan kali ini, seramai 32 pemain akan bersaing memburu kejuaraan perseorangan dan merebut hadiah wang tunai US$235,000 (RM718,000).
Saingan akan diadakan di Kelab Golf Selangor dari Februrari 25 hingga Mac 3 tahun depan.
#Aslina Chua #Caroline Wozniacki #Hsien Su Swei #tenis #Tun Dr Mahathir Mohamad #WTA Terbuka Malaysia BMW
;