Woods sasar catatan rendah di Firestone
Astro Arena
Ogos 4, 2018 13:45 MYT
Ogos 4, 2018 13:45 MYT
TIGER WOODS membenam catatan dua di bawah 68 dalam pusingan kedua Kejohanan Jemputan WGC-Bridgestone semalam untuk merangkul mencatat bawah enam par, begitupun bekas pemain nombor satu dunia tersebut sedar memerlukan peningkatan untuk melakukan impak pada hujung minggu ini.
Meskipun Woods menampilkan persembahan mantap dalam dua pusingan terdahulu, dia kekal lima pukulan di belakang trio utama, Justin Thomas, Tommy Fleetwood dan Ian Poulter.
Masih segar dengan penamat di tangga keenam Kejohanan Terbuka, Woods sekali lagi meraih tempat dalam kalangan 10 teratas kejohanan besar menuju saingan hujung minggu.
Bagaimanapun, dia perlu melakar catatan rendah pada hari ini untuk kekal bersaing.
"Lapangan golf ini sangat lembut, sangat menyerap dan apabila anda menggunakan iron kelima, ia hanya bergolek sekaki. Para pemain akan dapat mencatat markah yang bagus," kata Woods selepas pusingan itu melalui espn.com.
"Terdapat 40 pemain yang mencatat di bawah par. Itu tidak pernah berlaku di Firestone. Oleh itu, esok akan menjadi salah satu hari yang saya perlu tampilkan catatan rendah dan lihat apa yang berlaku seterusnya."
Woods telah menjuarai kejohanan ini sebanyak lapan kali ini dan kemenangan profesional terakhirnya turut berlaku di sini yang menyaksikannya menjulang trofi pada 2013.
"Saya pernah bermain di lapangan ini, saya beraksi agresif setakat yang termampu di tempat ini," kata Woods.
"Adalah penting untuk memukul bola di atas fairway di sini dengan baik kerana rumputnya tebal. Namun, apabila anda membuat pukulan, anda tahu anda berpeluang mendapatkan pukulan iron, bola tidak akan akan bergolek jauh.
"Penting buat saya untuk memastikan bola dapat dimainkan dan jika saya dapat meneruskan aksi, saya akan meneruskannya dan menyerang."