Wolves mahu Jonny jadi pemain tetap pasukan itu
Ian Johan Ariff
Januari 29, 2019 19:00 MYT
Januari 29, 2019 19:00 MYT
WOLVERHAMPTON WANDERERS, pasukan yang mengalahkan Chelsea dan Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal membuat rekod perpindahan kelab itu.
Kelab tersebut dalam perbincangan dengan Atletico Madrid untuk melengkapkan perpindahan bernilai £18 juta (RM97.4 juta) untuk menandatangi Jonny Castro Otto secara tetap.
Otto dipinjam dari Atletico pada pintu perpindahan musim panas yang tahun lepas, sudah membuat 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Wolves.
Pertahanan berusia 24 tahun itu tidak pernah beraksi dengan Atletico sejak berhijrah ke Madrid dari Celta Vigo musim lepas.
Pemain kelahiran Sepanyol yang baru kembali selepas sebulan berehat akibat kecederaan, terpaksa direhatkan semula apabila mengalami kecederaan di bahagian lutut.
Rekod perpindahan itu menyamai bayaran yang dibuat untuk membawa pemain sayap Sepanyol, Adama Traore, Julai tahun lepas.
Selain mengalahkan Spurs dan Chelsea, Wolves juga menyingkirkan Liverpool dari saingan Piala FA musim ini.
#Adama Traore
#Atletico Madrid
#Celta Vigo
#EPL
#January Transfer
#Jonny Castro Otto
#Wolverhampton Wanderers