Wira X-Men baru dalam Piala Dunia

Astro Arena
Jun 23, 2018 10:47 MYT
Xhaka (kiri) menjadi pemain pertama mempunyai nama keluarga yang bermula dengan X menjaringkan gol dalam Piala Dunia. - Foto Astro ARENA
GRANIT Xhaka menjaringkan gol Piala Dunia pertamanya dengan ledakan menarik untuk membantu Switzerland menewaskan Serbia 2-1 dalam pertemuan Kumpulan E di Stadium Kaliningrad, awal pagi tadi.
Pemain tengah Arsenal itu, yang memperbaharui kontraknya di kelab itu minggu lalu, melepaskan rembatan dari jarak 25 meter untuk Switzerland menyamakan kedudukan 1-1.
Ia bermakna Xhaka menjadi pemain pertama mempunyai nama keluarga yang bermula dengan X menjaringkan gol dalam Piala Dunia.
Secara kebetulan, Xherdan Shaqiri menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Switzerland, yang menyamai mata dengan Brazil di puncak Kumpulan E.
BACA: Gol solo Shaqiri lengkapkan kebangkitan Switzerland
Mereka mengatasi bekas pemain antarabangsa Portugal, Abel Xavier. Terdapat wira X-Men baru yang kini tampil.
#Arsenal #bola sepak #gol #Granit Xhaka #kontrak #Kumpulan E #nama X #Piala Dunia #Switzerland #wira #X-Men #Xherdan Shaqiri
;