Williams punyai laluan mudah WTA Antarabangsa

Astro Awani
Januari 5, 2013 15:16 MYT
Serena Williams memperoleh laluan mudah ke final selepas lawannya Victoria Azarenka menarik diri dalam saingan tenis WTA Antarabangsa Brisbane.
Lawan Williams nanti adalah Anatasia Pavlyuchenkova.
Dijadualkan bertemu pilihan utama, Azarenka di separuh akhir, Serena bagaimanapun diberikan kemenangan percuma.
Ia berlaku selepas pemain nombor satu dunia itu disahkan tidak dapat meneruskan aksi akibat jangkitan pada kuku kaki.
Menurut Azarenka, masalah itu dialaminya sejak 10 hari lalu namun semakin menular sehingga memaksa sebahagian kukunya dibuang.
Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan pertembungan Pavlyuchenkova dengan Lesia Tsurenko dari Ukraine.
Tewas 6-4 di set pertama, Pavlyuchenkova mempamer kebangkitan untuk meraih kemenangan mudah 6-1 di set kedua.
Diseret ke set penentuan, Pavlyuchenkova terus mempamer aksi terbaik untuk mengesakan kemaraan2.dengan kemenangan 6-2.
#Anatasia Pavlyuchenkova #Serena Williams #WTA Antarbangsa Brisbane
;