Western Sydney lonjak ke tangga ketiga Liga-A

Astro Awani
Januari 27, 2013 09:32 MYT
Western Sydney mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Melbourne Heart dalam satu perlawanan Liga-A.
Bermain di laman sendiri, Western Sydney kehilangan seorang pemain selepas Jerome Polenz dilayangkan kad merah akibat mengasari David Williams dalam kawasan penalty.
Sepakan Josip Tadic bagaimanapun diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Ante Covic.
Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-73 berpunca dari sepakan penalti, Shinji Ono selepas Youssouf Hersi dijatuhkan David Vrankovic.
Kemenangan ini melonjakkan kedudukan Western Sydney di tangga ketiga liga.
#David Williams #Shinji Ono #Western Sydney
;