West Ham, Newcastle sama kuat di London

Sinar Harian
Februari 19, 2022 21:15 MYT
Antara aksi menarik perlawanan West Ham menentang Newcastle United di London. - Foto AP
WEST Ham United mempersiakan peluang kembali ke kelompok empat terbaik saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Newcastle United.
The Hammers kendalian David Moyes yang beraksi di Stadium London bermula garang apabila mendahului hasil jaringan Craig Dawson yang menyudahkan hantaran Aaron Cresswell pada minit ke-32.
Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila The Magpies pimpinan Eddie Howe kembali menyamakan kedudukan menerusi Joe Willock pada minit ke-46 untuk kedudukan 1-1.
Keputusan itu menyaksikan West Ham United kekal di kedudukan kelima liga dengan 42 mata selepas mengharungi 26 perlawanan manakala Newcastle United pula dengan 22 mata setelah melalui 24 perlawanan.
Artikel asal di Sinar Harian
#EPL #Newcastle United #West Ham