Werner bukti masih miliki peranan penting buat Chelsea - Tuchel
Astro Arena
April 10, 2022 09:27 MYT
April 10, 2022 09:27 MYT
TIMO Werner membuktikan mengapa dia masih lagi pemain penting buat Chelsea selepas menjaringkan dua gol ketika The Blues meraih kemenangan 6-0 ke atas Southampton.
Perpindahan bernilai GBP47.5 juta dari RB Leipzig ke Stamford Bridge pada Jun 2020 masih lagi tidak membuahkan hasil buat Werner, selepas merekodkan sembilan gol dalam 51 penampilan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.
Ketiga-tiga gol pemain berusia 27 tahun bagi musim ini hadir ketika bertemu Saints dan dia masih lagi belum menjaringkan gol lebih daripada satu gol bertemu lawan lain dalam saingan EPL.
Werner sepatutnya dapat menjaringkan lebih banyak gol bertemu Southampton -- dia menggegar palang gol tiga kali dalam separuh masa pertama -- tetapi dua gol daripada Mason Mount sementara satu daripada Marcos Alonso dan Kai Havertz memastikan kemenangan bergaya di tempat lawan.
Prestasi hambarnya berganda apabila kata-katanya sebelum menyatakan dirinya 'lebih selesa' bermain untuk Jerman sekaligus menghadirkan keraguan mengenai masa depan penyerang itu.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Tuchel, menegaskan persembahan Werner menentang Saints menunjukkan dengan tepat apa yang dia boleh hadirkan untuk The Blues.
“Werner beraksi di posisi kegemarannya, sementara pemain di sekelilingnya turut menjadi faktor, gandingan dengan Mason, Kai, Kova [Mateo Kovacic] -- dia suka bermain bersama dan menghasilkan gerakan cemerlang bersama pemain lain,” kata Tuchel.
"Posisi separuh kiri sebagai penyerang berganda, dia berjaya mencari ruang menembusi benteng pertahan lawan yang sering melakukan serangan.
"Perlawanan ini seakan cukup sempurna buat Werner, cukup untuk dia menghadirkan impak serta mesej bahawa dia tidak berputus asa dan dia masih pemain penting untuk pasukan, kelab dan kumpulan ini."