Wenger hilang sabar dengan aksi Diego Costa

Astro Arena
Januari 25, 2016 04:13 MYT
Dengan gaya yang amat sarkastik, Wenger menyatakan Costa memainkan peranannya sebagai penyerang dengan 'penuh semangat' iaitu sensasikan setiap asakan untuk mendapat kelebihan dalam perlawanan.
ARSENE Wenger menyifatkan penyerang Diego Costa mencetuskan dua kad merah dalam dua perlawanan antara Arsenal dan Chelsea susulan kekalahan 1-0 semalam.
Pertahanan Arsenal, Per Mertersacker dilayangkan kad merah pada minit ke-18 ketika menjatuhkan Costa, yang menjaringkan gol sulung perlawanan sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Chelsea ke 10 perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Dengan gaya yang amat sarkastik, Wenger menyatakan Costa memainkan peranannya sebagai penyerang dengan 'penuh semangat' iaitu sensasikan setiap asakan untuk mendapat kelebihan dalam perlawanan.
"Itulah permainan seorang penyerang yang hebat. Dia menjalankan tugasnya dengan baik seperti biasa.
'Costa telah menjadi punca kepada dua kad merah dalam pertembungan ini. Saya tidak mendakwa apa-apa terhadap Costa, itu hanya fakta," kata Wenger.
Kekalahan menyaksikan peluang Gunners untuk merampas kembali kedudukan teratas liga daripada Leicester lebur dengan penyerang kontroversi Chelsea, Diego Costa terus menjadi duri dalam daging apabila meledak gol tunggal perlawanan terbabit.
Chelsea melangkah ke tangga ke-13 liga dengan Arsenal kekal di tangga ketiga di belakang Manchester City dan Leicester.
#Arsenal #Arsene Wenger #Chelsea #Diego Costa