Welson dan Jing En bawa pulang perak dari Monaco

Astro Arena
Jun 6, 2016 10:37 MYT
Welson mencatat masa 3:50.66s yang merupakan masa kedua terpantas dicatatnya tahun ini selepas melakar 3:50.33s dalam acara sama di Singapura. - Gambar fail
Perenang negara, Welson Sim berjaya meraih pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas kategori A di Jelajah Mare Nostrum yang berlangsung di Monaco, Perancis pada Sabtu.
Perenang yang berjaya melayakkan diri ke Rio itu mencatat masa 3:50.66s yang merupakan masa kedua terpantas dicatatnya tahun ini selepas melakar 3:50.33s dalam acara sama di Singapura.
Pingat emas menjadi milik perenang Afrika Selatan, Devon Brown yang sempat memintas Welson di 50m terakhir.
Sementara itu, perenang wanita negara, Jing En turut berjaya merangkul pingat perak menerusi acara 100 meter kuak dada kategori A.
Perenang berusia 18 tahun itu mencatat masa 1:9.18s di belakang pemenang pingat emas Kierra Smith.
Seorang lag perenang wanita, Erika Kong sekadar meraih tempat ketujuh dalam acara sama kategori B.
Ketiga-tiga perenang tersebut berangkat ke Eropah pada Jumaat namun jurulatih negara, Paul Birmingham mengakui berpuas hati dengan prestasi mereka.
Pemenang pingat emas Olimpik, Katinak Hosszu dari Hungary, Kirsty Coventry dari Zimbabwe dan Chad Le Clos dari Afrika Selatan turut bersaing di edisi pertama Jelajah Mare Nostrum.
Edisi seterusnya akan berlangsung di Canet-en-Roussilon di Perancis pada Jun 8-9 ini sebelum ke Barcelona, Sepanyol dua hari kemudian.
#Jelajah Mare Nostrum #Jing En #perenang negara #sukan renang #Welson Sim
;