Wee Wern ke suku akhir
Astro Awani
Disember 19, 2012 20:48 MYT
Disember 19, 2012 20:48 MYT
Low Wee Wern mengikut jejak ratu skuasy negara, Datuk Nicol David ke suku akhir setelah menumpaskan Kasey Brown dari Australia pada Kejohanan Squash Terbuka Wanita Dunia 2012.
Meskipun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot, Wee Wern mempamer aksi ampuh berdepan Brown.
Wee Wern yang kini berada di ranking ketujuh dunia hanya memerlukan 35 minit untuk mengetepikan cabaran Brown.
Beliau menang secara straight set 11-5, 11-8 dan 12-10.
Lawan Wee Wern selepas ini sama ada pemain England Laura Massaro atau Nicollete Fernandes dari Guyana.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung Khamis ini.