#WeBelangTogether: Adakah Sumareh akan beraksi pada separuh akhir kedua?

Ian Johan Ariff
Disember 2, 2018 14:34 MYT
Sumareh menjalani latihan di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 November. - Foto Bernama.
SUDAH pasti rakyat Malaysia tertanya-tanya, adakah kecederaan yang dialami pemain sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh adalah serius?


Adakah Sumareh akan diturunkan menentang Thailand pada separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu?
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, kemungkinan besar Sumareh mengalami ketegangan otot hamstring sahaja.
Jika Sumareh mengalami kecederaan hamstring gred satu sekalipun, risiko tetap tinggi untuk menurunkan Sumareh pada Rabu.
Kecederaan gred satu pada otot hamstring biasanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk pulih.
Jika terpaksa direhatkan, barisan simpanan seperti Shahrel Fikri, Hazwan Bakri dan Akhyar Rashid pasti mampu menggalas tanggungjawab dan memberi kelainan kepada jentera serangan negara.
Sumareh perlu direhatkan dengan mengharapkan barisan skuad yang ada mampu membawa Harimau Malaya ke final.
Pemain kelahiran Gambia itu pernah direhatkan akibat kecederaan yang sama, semasa perlawanan menentang Laos dalam peringkat kumpulan, di mana Malaysia menang 3-1.
Sudah pasti, ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe dan barisan jurulatih Harimau Malaya mempunyai perancangan yang baik untuk berdepan skuad gajah putih itu di Bangkok.
#AFF Suzuki Cup #Akhyar Rashid #Gajah Putih #harimau Malaya #Hazwan Bakri #Malaysia vs Thailand #Mohamadou Sumareh #Shahrel Fikri #Syazwan Zainon #Tan Cheng Hoe
;