Wayne Rooney 'lalok', ditahan memandu mabuk di AS

Agensi
Januari 7, 2019 11:11 MYT
Penyerang DC United itu ditahan di Lapangan Terbang Washington Dulles. - Foto Loudoun County Sheriffs Office via AP
PEMAIN bola sepak ternama, Wayne Rooney ditahan pihak polis bulan lalu akibat memandu dalam keadaan mabuk.
Menurut jurucakap beliau, Rooney telah mengambil pil tidur dan minuman beralkohol ketika dalam pesawat.
"Dalam penerbangan tersebut, Rooney mengambil ubat tidur itu dan minum bersama minuman berakohol dan tiba di lapangan terbang dalam keadaan tidak stabil," kataya.
Penyerang DC United itu ditahan di Lapangan Terbang Washington Dulles pada 16 Disember 2018 selepas pulang dari lawatan satu hari ke Arab Saudi.
Fail mahkamah mendedahkan bahawa bekas kapten Manchester United dan England itu dihantar ke pusat tahanan Loudoun County.
Pasukan DC United dalam satu kenyataan berkata, kes ini akan dikendalikan secara dalaman tanpa tumpuan media.
“Kami sedia maklum bahawa pihak media mengambil berat tentang penahanan Rooney, bagaimanapun kami akan mengendalikan kes ini secara dalaman tanpa pengetahuan media,” katanya.
Rooney turut diperintah untuk membayar denda AS$25 dan tambahan kos mahkamah berjumlah AS$91.
Rooney sebelum ini dilaporkan dilarang memandu selama dua tahun akibat kesalan sama pada 2007.
#bola sepak #DC United #England #mabuk #Manchester United #Wayne Rooney
;