Wayne Rooney hilang kerja selepas 15 perlawanan
Astro Awani
Januari 2, 2024 07:50 MYT
Januari 2, 2024 07:50 MYT
AWAL tahun 2024 dibuka oleh Wayne Rooney dengan penuh kesedihan berikutan pemecatannya sebagai pengurus Birmingham City selepas hanya 83 hari diberikan masa mengendalikan kelab itu.
Dalam masa sama, legenda bola sepak itu mengkritik kekurangan masa yang diberikan kepadanya ketika bersama-sama St Andrew.
Bekas kapten England dan bintang Manchester United berusia 38 tahun itu tewas sembilan daripada 15 perlawanannya dengan kekalahan 3-0 berdepan Leeds semalam menjadi kekalahan kesembilan yang juga terakhir buatnya.
“Bola sepak adalah satu perniagaan yang membuahkan hasil - dan saya sedar mereka belum berada pada tahap yang saya mahukan.
“Bagaimanapun, masa adalah komoditi paling berharga yang diperlukan oleh pengurus dan saya tidak percaya 13 minggu cukup untuk mengawasi perubahan yang diperlukan. Secara peribadi, saya akan mengambil sedikit masa untuk mengatasi halangan ini.
“Saya bercadang untuk meluangkan sedikit masa bersama keluarga sambil saya bersedia untuk peluang seterusnya dalam perjalanan saya sebagai pengurus,” tegas Rooney yang dilantik membimbing kelab itu pada Oktober lalu menggantikan John Eustace.