Wayne Rooney diberi kata dua

Astro Arena
Disember 26, 2015 09:16 MYT
Hodgson yakin Rooney akan menemui semula sentuhannya pada separuh musim ini dan menjadi tonggak utama England pada kempen di Perancis nanti. - Gambar Astro ARENA
WAYNE Rooney diberi amaran supaya memperbaiki ketajamannya di depan gol selepas hanya berjaya melakukannya dalam liga sepanjang tahun 2015 dengan Manchester United.
Maka tidak hairanlah pengurus England, Roy Hodgson memberi amaran supaya pemain itu supaya mengembalikan prestasinya jika mahu turut serta dalam kempen Euro 2016.
Rooney bergelut musim ini dengan menyumbat hanya dua gol dalam 13 penampilan menjelang kunjungan ke Stoke City pada 'Boxing Day'.
Tambahan pula prestasi Manchester United tidak memberansangkan apabila gagal menang dalam enam perlawanan, termasuk tiga kekalahan berturut-turut.
Dan Hodgson menegaskan Rooney harus mula menampilkan aksi lebih baik sebelum Euro 2016.
"Tidak kira betapa banyak dia membantu di luar padang dalam memberi bimbingan kepada pemain-pemain, dia amat diperlukan menjadi Wayne Rooney di dalam padang dengan menjaringkan gol, mencipta peluang dengan semangat dan komitmennya untuk mengetuai kami ke hadapan," kata pengurus Three Lions itu.
Bagaimanapun Hodgson yakin Rooney akan menemui semula sentuhannya pada separuh musim ini dan menjadi tonggak utama England pada kempen di Perancis nanti.
"Pemain yang agak berusia dan memiliki pengalaman luas, Wayne memilikinya dengan 100 caps akan menjadi pemain penting kerana kebanyakan pemain yang akan ke Euro nanti tidak memiliki pengalaman seperti itu."
England diundi dalam kumpulan B disamping Wales, Rusia dan Slovakia.
#Euro 2016 #Manchester United #Roy Hodgson #Wayne Rooney