Warner Bros Games tutup studio yang hasilkan Shadow of Mordor, F.E.A.R
Amanz
Februari 26, 2025 13:00 MYT
Februari 26, 2025 13:00 MYT
Penutupan Monolith Productions menyebabkan pembatalan permainan Wonder Woman yang diumumkan pada tahun 2021 dan mengurangkan harapan untuk permainan baharu dengan Nemesis System. -Amanz
SEBAGAI langkah menjimatkan kos, Warner Bros Games mengumumkan penutupan studio Monolith Productions yang membangunkan permainan video Middle-earth: Shadow of Mordor, Middle-earth: Shadow or War, The Operative: No One Lives Forever dan F.E.A.R.
Ringkasan AI
- Warner Bros Games mengumumkan penutupan studio Monolith Productions, Player First Games, dan Warner Bros Games San Diego sebagai langkah menjimatkan kos.
- Penutupan Monolith Productions menyebabkan pembatalan permainan Wonder Woman yang diumumkan pada tahun 2021 dan mengurangkan harapan untuk permainan baharu dengan Nemesis System.
- Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk bagi Warner Bros Games dengan kegagalan permainan video Suicide Squad dan Multiversus, dan mereka berharap penutupan studio-studio ini akan membantu perniagaan permainan video kembali menguntungkan.
Dengan penutupan studio secara mengejut, permainan Wonder Woman yang diumumkan Monolith pada tahun 2021 juga telah dibatalkan.
Selain Monolith, dua lagi studio iaitu Player First Games dan Warner Bros. Games San Diego juga akan ditutup.
Tahun 2024 ialah tahun yang buruk buat Warner Bros Games dengan kegagalan permainan video Suicide Squad dan Multiversus.
Player First Games ialah studio yang membangunkan Multiversus.
Dengan penutupan ketiga-tiga studio ini, Warner Bros Games berharap perniagaan permainan video akan dapat kembali mendatangkan keuntungan.
Penutupan Monolith mungkin adalah yang paling mengecewakan kerana siri Middle-earth mereka mengubah landskap permainan dunia terbuka menerusi Nemesis System.
Sistem ini dipatenkan oleh Warner Bros Games sehingga tidak boleh digunakan permainan lain tanpa membayar lesen.
Dengan Monolith ditutup, harapan untuk sebuah lagi permainan baharu dengan Nemesis System menjadi semakin pudar. -Amanz